Name:
Email Address:
Address:
Phone Number:
Size: Small
Large
Quantity 1-5 Bottle
6-10 Bottle
1-5 Dozen
6-10 Dozen
Payment MAYBANK: 15301063077
BSN : 0310029827223685

Create a web form here

KHASIAT BUDU


EKSTRA KAJIAN DI LUAR NEGARA


  • Kajian pakar pemakana Jepun, Amerika Syarikat Autralia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mempu memerangi pelbagai penyakit kanser.

  • Pengakaji Universiti Carolina Utara, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuan dan mencehag barah payu dara.

  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.

  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyalkit jantung dan hipertensi.

  • Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia juga menbantutkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan masalah kembung perut.





BUDU CERAHKAN KULIT DAN ANTIPENUAN 

RAUT wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun.
Apabila ditanya rahsia awet mudanya, graduan dalam bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, beliau pada mulanya menggunakan produk kecantikan terkenal.
“Namun kini saya beralih kepada makan budu setiap kali makan tengah hari dan makan malam,” katanya.
HAMIDAH menunjukkan produk kosmetik dengan jenama BK yang turut mengandungi budu.


Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.
“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.
“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu.
Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Produk kosmetik budu Sirim terbahagi kepada tiga iaitu pembersih dan penyegar, krim kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau Budu Ketereh.
“Walaupun hanya satu peratus ekstrak budu digunakan sebagai bahan asas kosmetik tetapi ia berkesan kerana komponen itu sudah cukup untuk memberi khasiat kepada pemakainya.
“Malah kami kini mengkaji potensi tempe sebagai produk kosmetik,” katanya.
Hamidah berharap produk BK akan mendapat sambutan daripada pengguna kelak sebaik sahaja Sirim bertemu syarikat yang berminat untuk mengedarkannya. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM



No comments:

Post a Comment