Assalamualaikum dan selamat petang...hari ini saya akan pamerkan jenis2 budu dan cara memerap budu yang terdapat di Malaysia dan ianya biase termasyur di wilayah Pantai Timur. Budu biasanya mempunyai banyak jenis, sesetengah syarikat menghasilkan budu yang biasa dan budu yang rasanya pedas.
Di syarikat kami, kami hanya menghasilkan dua jenis budu, iaitu budu saiz kecil dan budu saiz besar. Perbezaan hanya pada ketinggian beberapa cm sahaja. Persaingan tentang menghasikan budu amat banyak, setiap syarikat menunjukkan kepakaran masing-masing untuk menghasilkan budu mereka untuk menarik pelanggan.
Cara untuk membuat budu adalah senang tapi ia mengambil masa yang lama untuk memerap ikan bilis serta bahan2 nya sehingga ia hancur. Selepas semuanya hancur ia akan di tapis untuk ambil pati budu tersebut.
Ini adalah contoh gambar untuk memerap budu di dalam tong/ bekas:
Bekas kecil disusun dan ditutup rapat supaya tidak dimasukki binatang seperti lalat |
Ini adalah bekas yang paling besar untuk memerap budu.. |
Ini adalah cara untuk menapis budu yang telah hancur |
Setelah semua budu ditapis.Ia perlu dimasukkan ke dalam botol untuk dijual atau dipamerkan kepada pelanggan. Ini adalah jenis-jenis budu yang kami hasilkan di syarikat kami.
Jenis budu yang bersaiz kecil |
Jenis budu yang bersaiz besar
|